Sunday, July 19, 2015

Koleksi Hadis Semasa Puasa Dan Beraya




Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.
 
 (Hadith Riwayat Muslim)
 
 
 
Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW apabila pergi untuk menunaikan sembahyang hari raya melalui satu jalan dan balik melalui jalan yang lain.
 
 (Hadith Riwayat al-Bukhari)
 
 
 
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
 
 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
 
 
 Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku  serta berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang Islam.
 
 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
 
 
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Allah ‘Azza wa Jalla  berfirman dalam hadith qudsi, aku sangat mengasihi hamba-hambaku yang bersegera berbuka puasa”.
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith ini hadith hasan)
 
 
 
 
Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
 
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment