Sunday, July 19, 2015

Koleksi Hadis Semasa Puasa Dan Beraya




Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.
 
 (Hadith Riwayat Muslim)
 
 
 
Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW apabila pergi untuk menunaikan sembahyang hari raya melalui satu jalan dan balik melalui jalan yang lain.
 
 (Hadith Riwayat al-Bukhari)
 
 
 
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
 
 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
 
 
 Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku  serta berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang Islam.
 
 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
 
 
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Allah ‘Azza wa Jalla  berfirman dalam hadith qudsi, aku sangat mengasihi hamba-hambaku yang bersegera berbuka puasa”.
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith ini hadith hasan)
 
 
 
 
Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
 
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

KISAH HAMBA ALLAH MEMADAMKAN KEBAKARAN DENGAN KAIN SELENDANG



Sesungguhnya golongan manusia yang dikasihi Allah seperti wali Allah berada di kelas tersendiri dimana mereka ini diberikan kelebihan oleh Allah. Mereka dapat menggunakan kekeramatan pada waktu kesusahan dan bahaya. Walaubagaimanapun, mereka ini tidak akan menunjuk-menunjuk kerana percaya semua ini adalah rahmat daripada Allah. Para sahabat Rasulullah s.a.w  juga mempunyai kelebihan ini.

Pada zaman Khalifah Umar Bin Al-0Khattab sering terjadi kebakaran yang memusnahkan banyak harta benda. Umat islam membuat aduan kepada Khalifah mengenai musibah yang perit menimpa mereka. Pada ketika itu tiada pasukan bomba yang boleh memadamkan api dengan pantas, apa yang beliau lakukan?

Kerana beliau melihat masalah itu terlalu serius, Khalifah tidak mahu mengecewakan pengadu tersebut. Khalifah terus membuka serban yang dililit dibahunya dan diberikan kepada pembantunya. Beliau berkata " Sila ambil selendang ini,apabila ada kebakaran , maka letakkan selendang ini dimukamu dan berkatalah wahai api, ini selendang Khalifah Umar Bin Al-Khattab"

Pembantunya menyimpan amanat yang diberikan oleh Khalifah. Pada suatu hari, berlakunya lagi kebakaran yang amat dasyat di suatu tempat di kawasan kampung, berlarilah pembantu itu ke kawasan tersebut dan melakukan seperti yang dinasihat oleh Khalifah. Api tersebut terus padam. Alhamdulillah