Monday, February 4, 2013

4 langkah Seorang Alim Ditipu Iblis,






Disuatu ketika di zaman kegemilangan islam, terdapat seorang alim daripada golongan Bani Israel yang sangat kuat beribadah, diberi nama BASHISHA. Kealimannya telah tersebar keseluruh tanah arab sehinggakan berduyun-duyun orang datang untuk menuntut ilmu darinya. Hebatnya ilmu perguruannya sehinggakan anak muridnya boleh terbang ke angkasa. Masyaallah!,  

Di satu tempat jauh daripada bashisha, malaikat-malaikat telah berkumpul dan membincangkan betapa alim dan penuh sakti bashisha. Tiba-tiba Allah memberitahu kepada malaikat itu " Wahai para malaikat, sesungguhnya Aku lebih mengetahui nasib bashisha di masa mendatang, ketahuilah sesungguhnya dia yang kamu kagumi itu akhirnya akan mati sebagai seorang kafir".

Kebetulan ketika itu, iblis berada di situ dan mula tersenyum memikirkan nasib seorang alim sudah berada di genggamannya. Lalu iblis mula memulakan percaturannya untuk menyesatkan si alim bashisha. Bagaimana agaknya bashisha boleh dihasut sehingga menjadi kafir?. 

"Assalamualaikum" iblis memberi salam.
"Waalaikumsalam, siapakah gerangan tuan hamba?" jawab bashisha
"Saya ingin sangat berguru dengan tuan" iblis mula memasang mata kailnya.
"Silakan, saya menerima sesiapa sahaja yang ingin mengabdikan diri kepada Allah" balas bashisha tanpa mengetahui siapakah sebenarnya dihadapannya itu.

Setelah diterima oleh bashisha, iblis mula berpura-pura tekun beribadah selama 3 hari dan 3 malam tampa meyentuh makanan dan minuman.  Bashisha mula berasa kagum melihat bagaimana iblis beridadah. Malah lebih hebat daripadanya. Hati bashisha mula ingin mengetahui bagimana anak muridnya ini melakukannya.

" Wahai anak muridmu, hebat sungguh cara ibadahmu, aku yang sudah beribadah selama 220 tahun pun belum boleh melakukan seperti apa yang kamu lakukan. Bagaimana kamu lakukan?" tanya bashisha

" Tidak ada apa-apa istimewanya cara saya beribadah wahai guruku, mungkin cara hidupku sebelum ini yang menjadikan aku dapat merasakan kemanisan beribadah kepada tuhan" jawab iblis yang mula berasa gembira melihat bashisha menumpukan perhatian kepada jawapannya.

" Dulu sebelum saya berjumpa tuam guru, saya seorang pemabuk dan  pencuri. saya juga pernah melakukan maksiat dan membunuh. Ia sudah menjadi kebiasaan di dalam hidup saya. Sehingga suatu hari saya ditimpa kecelakaan berupa sakit yang amat tenat. Ketika itu hamba bertaubat dan dengan izin Allah saya sembuh daripada penyakit. Oleh kerana itu saya dapat merasakan betapa manis dan nikmatnya beribadah sehinggakan tidak sedar makan dan minum" jawab iblis. Tipu helahnya mula dipasang.

" Berbeza bagi seseorang seperti tuan guru yang tidak pernah melakukan sebarang dosa, kenikmatan beribadah tuan guru tidak seperti saya" perangkap pertama iblis berjaya dipasang

"Oh, begitu hebat perjalanan hidupmu, ada benarnya bicaramu wahai anak muridku. Mungkin aku perlu melalui sepertiapa yang telah kamu lalui untuk aku mencapai kenikmatan beribadah" jawab bashisha.

"Saya fikir itulah kuncinya. Manisnya ibadah itu setelah dapat merasakan pahitnya melakukan maksiat, inginkah tuan guru mencubanya?" perangkap kedua berjaya dilaksana.

"Apakah cadangan kamu? apakah yang perlu aku lakukan?" bashisha bertanya.

" Bagaimana tuan guru berzina?" cadangan pertama iblis

"Oh tidak sekali!" jawab bashisha

" Bagaimana tuan guru membunuh?" cadangan kedua iblis

"Oh tidak sekali!" jawab bashisha

"Bagaimana tuan guru meminum arak?" cadangan ketiga iblis, kali ini iblis memujuk dengan lebih bersungguh-sungguh.

"Baiklah, tolong carikan aku kedai arak yang jauh daripada bandar, tempat orang yang tidak mengenaliku lebih baik" kata bashish.

Lalu iblis membawa bashisha ke suatu kedai arak. Di kedai itu, terdapat seorang pelayan wanita yang sangat cantik yang mengusahakan kedai itu bersama-sama suaminya. Lalu dihidangkan kepada bashisha minuman "syaitan" itu. Bashisha mula meminumnya. Iblis mula tersenyum gembira.Perangkap ketiga sudah berjaya.

Bashisha mula mabuk dan timbul perasaan berahi kepada pelayan wanita itu. Lalu dia mula merentap tangan wanita itu dan megoyakkan pakaiannya. Bashisha merogol wanita itu tanpa belas kasihan. Suami wanita yang melihat kejadian itu cuba menghalang bashisha. Bashisha yang marah bagaikan orang gila telah membunuh suami wanita itu. astagfiruallah!

Iblis terus ke istana dan menyamar sebagai manusia. Iblis telah memberitahu raja mengenai perilaku bashisha. Raja yang terkejut dengan berita itu telah memerintahkan bashisha ditangkap. Setelah telah dibuktikan kesalahannya, bashisha telah dijatuhkan hukuman salib di khalayak ramai.

Ketika saat hukuman hendak dijatuhkan, iblis muncul dihadapan bashisha

" Adakah tuan guru mahu pertolongan saya?" tanya iblis

" Ya, tolonglah aku dari hukuman ini. Aku sanggup lakukan apa sahaja" jawab bashisha

" Baiklah tuan guru hanya perlu menundukkan kepala kepada saya" kata iblis dan perangkap terakhir iblis untuk bashisha.

Setelah bashisha tunduk, malaikat maut terus mencabut nyawanya dan akhirnya matilah dia di dalam keadaan kafir. Di satu sudut, iblis ketawa berdekah-dekah.hahahahaha!


No comments:

Post a Comment